Friday, 25 March 2016

Pesta Buku Utara 2016 "Discover UUM"


Tarikh : 20 - 26 Mac 2016
Masa : 9am - 7pm
Tempat : Universiti Utara Malaysia (Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah)
Anjuran : UUM PRESS dan Pihak Universiti Utara Malaysia

Hebahan!!!! Pesta Buku di UUM!!!

UUM telah menganjurkan satu pesta buku bagi pelajar UUM untuk menggunakan baucar buku 1 Malaysia 2016 yang diedarkan baru-baru ini. Tujuan UUM mengadakan pesta buku ini adalah membangunkan tabiat pelajar UUM dalam membaca. Selain dari buku, pesta buku ini juga melangsungkan pameran IT dan PC. Pelajar UUM boleh pergi pameran IT tersebut untuk membeli barangan IT dengan harga yang murah. Bukan ini sahaja, pesta buku ini juga bersama dengan karnival makanan yang mempunyai pelbagai jenis gerai untuk menjual makan dan minuman. Pelajar boleh datang ke karnival tersebut untuk selesaikan makan petang dan malam.


Buku adalah jendela dunia, dan kegiatan membaca buku merupakan suatu cara untuk membuka jendela tersebut agar kita bisa mengetahui lebih tentang dunia yang belum kita tahu sebelumnya. Kegiatan tersebut dapat dilakukan oleh siapa saja, anak-anak, remaja, dewasa, maupun orang-orang yang telah berusia lanjut. Buku merupakan sumber berbagai informasi yang dapat membuka wawasan kita tentang berbagai hal seperti ilmu pengetahuan, ekonomi, sosial, budaya, politik, maupun aspek-aspek kehidupan lainnya. Selain itu, dengan membaca, dapat membantu mengubah masa depan, serta dapat menambah kecerdasan akal dan pikiran kita.




Hasil daripada pemerhatian saya, pesta buku ini mempunyai pelbagai jenis bahan bacaan yang cukup dipilih oleh para pelajar UUM. Walau bagaimanpun, terdapat pelajar-pelajar UUM yang tidak suka membaca buku kerana pesta buku ini tidak dipernuhi dengan pelajar. Oleh itu, pihak UUM perlu memerhatikan isu ini sebelum masalah ini tidak semakin serius untuk mengalakkan tabiat membaca seperti mengajurkan pertandingan bilangan buku dibaca dan pertandingan kuiz.

Saya amat berharap pelajar UUM boleh bersama membangunkan amalan membaca supaya ilmu dapat ditambah. Oleh itu, marilah kita bersama meriahkan pesta buku ini.